Friday, 12 August 2016

Cara Batalkan Insurans SUNLIFE

Ok lah. Kali ni cerita pasal macam mana aku batalkan insurans yang aku pernah buat dengan Sunlife Malaysia Berhad. Ada dua jenis yang aku amik iaitu Sun protector dan Pelan 1P3. Dua-dua ni aku nak batalkan. Dengan itu aku pun buatlah surat kepada Sunlife tu untuk batalkan insurans tersebut.

Disebabkan ada dua jenis yang nak dibatalkan, jadi aku pun buat dua pucuk surat. Dekat surat tu mesti ada nama, no kad pengenalan, no polisi/sijil, dan kena ada sebab pembatalan. Hentam je sebab pembatalan tu. Dekat syarat-syarat diorang pun ada tulis yang kita boleh batalkan polisi insurans dengan apa jua sebab.

Contoh surat batalkan insurans. Ahh sudah, macam blurr je gambar surat tu. Harap boleh dibaca.

Lepas tu email dekat: wecare@sunlifemalaysia.com


Dalam masa tiga hari je terus dapat sms maklumkan yang permohonan untuk batalkan insurans tu dah lulus. 

Makluman lulus pembatalan yang dihantar melalui sms. Eh..? yang ni macam clear pulak gambarnye.
Jadi lepas ni dah boleh cari insurans lain yang lebih sesuai dan berbaloi dengan keadaan semasa kita. Ada apa-apa cadangan ke insurans mana yang best..? 

Orait..caw dulu
Penyata Bank CIMB

Hari ni aku nak cerita pengalaman mendapatkan penyata bank CIMB. Apa hal CIMB pulak..? Dah company tempat keje aku bukak akaun CIMB, so, kehidupan aku sebagai admin assistant memang kerap berurusan dengan bank ni.

Ok, salah satu cerita pasal berurusan dengan CIMB ni, rasanya ikut cawangan kot. Ada cawangan CIMB pegawai nya baik, ada cawangan yang perangai pegawai nya macam nak mintak penampar. Untuk kes aku ni, aku banyak berurusan dengan CIMB cawangan Taman Klang Utama sebab dekat dgn company. So far, pegawai kat situ memang best.

Ada satu masa tu, company aku memerlukan penyata bank. Cerita pasal penyata bank ni, memang aku geram. Tak tau la apa masalah CIMB ni, penyata bank selalu tak sampai. Sampai nak kena pergi bank mintak transkrip dan sehelai diorang charge RM 1. Nasib bukan aku yg bayar tapi company yg bayar. Tapi masalahnya, buang masa la nak pergi bank semata-mata mintak penyata bank. Banyak kali pulak tu.

Company tempat keje aku ni bukak akaun kat CIMB cawangan Plaza azalea Shah Alam. Kat situ pegawai nye agak menyakitkan hati jugak la. Hari tu datang la sana nak mintak penyata bank tapi diorang tak nak layan dan diorang cuma akan tolong buat request kat HQ untuk hantar semula penyata bank tu. Geram tak..? Dan yang lebih menggeramkan lagi, tak de pun penyata bank tu dihantar semula. Minta penyata tu dalam bulan Jun 2016 dan sampailah awal bulan Ogos 2016, tak de sehelai penyata bank pun yang sampai. Bos aku pulak dah bising2 tanya kenape penyata bank ada yang tak de. Aku dah suruh buat CIMB Click biar senang, penyata tu boleh je print sendiri tapi tak buat2. Aku nak buatkan tak bagi pulak..

Oleh itu, aku pun pergi la CIMB cawangan Taman Klang Utama ni untuk mintak penyata bank bulan april, Jun & Julai. Mula2 aku tak pasti boleh ke tak mintak dekat situ sebab company aku bukak akaun dekat cawangan Plaza azalea. Tapi, time tu memang terdesak nak guna penyata bank, jadi aku pun tawakal je pergi situ. Aku pergi la kat kaunter servis tu dan cakap nak mintak penyata bank (sambil keluarkan surat wakil majikan). Akak India yg kat kaunter tu memang dah cam muka aku sebab aku rasa dalam byk2 customer dia, aku je kot yg suka datang mintak penyata bank.

Then, akak tu suruh aku tunggu kejap dan terus je dia lesap pergi bilik belakang. Biasanya kalau ada orang mintak penyata bank, diorang kena call dulu majikan/ authorized person company untuk pastikan betul tak orang yang datang mintak penyata tu wakil yang sah. Aku pun tunggu la dalam 10 minit kot, kemudian akak tu pun datang kat kaunter tu balik dan print penyata bank yang aku mintak tu. Lepas tu dia cek cap jari dengan kad pengenalan aku sebelum dia serahkan penyata tu.Yeah...!! at least dapat jugak. Cepat lagi pantas..

Rupa-rupanya, penyata bank ni boleh mintak kat mana-mana cawangan je. Sebelum ni tak tau. Lepas ni, tak de nye aku nak menapak kat CIMB cawangan Plaza azalea tu  lagi. Harap je pegawai ramai tapi servis menyakitkan jiwa. Kalau datang pun pergi ATM dia je. So, sapa-sapa yang duduk area Kapar/Klang boleh la pergi berurusan dekat CIMB cawangan Taman Klang Utama. Service dijamin cepat walau cawangan tu kecik je..


Orait.. Sekian. Lain kali cerita lagi.