Penyata Bank
CIMB
Hari ni aku nak
cerita pengalaman mendapatkan penyata bank CIMB. Apa hal CIMB pulak..? Dah
company tempat keje aku bukak akaun CIMB, so, kehidupan aku sebagai admin
assistant memang kerap berurusan dengan bank ni.
Ok, salah satu
cerita pasal berurusan dengan CIMB ni, rasanya ikut cawangan kot. Ada cawangan
CIMB pegawai nya baik, ada cawangan yang perangai pegawai nya macam nak mintak
penampar. Untuk kes aku ni, aku banyak berurusan dengan CIMB cawangan Taman
Klang Utama sebab dekat dgn company. So far, pegawai kat situ memang best.
Ada satu masa
tu, company aku memerlukan penyata bank. Cerita pasal penyata bank ni, memang
aku geram. Tak tau la apa masalah CIMB ni, penyata bank selalu tak sampai.
Sampai nak kena pergi bank mintak transkrip dan sehelai diorang charge RM 1.
Nasib bukan aku yg bayar tapi company yg bayar. Tapi masalahnya, buang masa la
nak pergi bank semata-mata mintak penyata bank. Banyak kali pulak tu.
Company tempat
keje aku ni bukak akaun kat CIMB cawangan Plaza azalea Shah Alam. Kat situ
pegawai nye agak menyakitkan hati jugak la. Hari tu datang la sana nak mintak
penyata bank tapi diorang tak nak layan dan diorang cuma akan tolong buat
request kat HQ untuk hantar semula penyata bank tu. Geram tak..? Dan yang lebih
menggeramkan lagi, tak de pun penyata bank tu dihantar semula. Minta penyata tu
dalam bulan Jun 2016 dan sampailah awal bulan Ogos 2016, tak de sehelai penyata
bank pun yang sampai. Bos aku pulak dah bising2 tanya kenape penyata bank ada
yang tak de. Aku dah suruh buat CIMB Click biar senang, penyata tu boleh je
print sendiri tapi tak buat2. Aku nak buatkan tak bagi pulak..
Oleh itu, aku
pun pergi la CIMB cawangan Taman Klang Utama ni untuk mintak penyata bank bulan
april, Jun & Julai. Mula2 aku tak pasti boleh ke tak mintak dekat situ
sebab company aku bukak akaun dekat cawangan Plaza azalea. Tapi, time tu memang
terdesak nak guna penyata bank, jadi aku pun tawakal je pergi situ. Aku pergi
la kat kaunter servis tu dan cakap nak mintak penyata bank (sambil keluarkan
surat wakil majikan). Akak India yg kat kaunter tu memang dah cam muka aku
sebab aku rasa dalam byk2 customer dia, aku je kot yg suka datang mintak
penyata bank.
Then, akak tu
suruh aku tunggu kejap dan terus je dia lesap pergi bilik belakang. Biasanya
kalau ada orang mintak penyata bank, diorang kena call dulu majikan/ authorized
person company untuk pastikan betul tak orang yang datang mintak penyata tu
wakil yang sah. Aku pun tunggu la dalam 10 minit kot, kemudian akak tu pun
datang kat kaunter tu balik dan print penyata bank yang aku mintak tu. Lepas tu
dia cek cap jari dengan kad pengenalan aku sebelum dia serahkan penyata
tu.Yeah...!! at least dapat jugak. Cepat lagi pantas..
Rupa-rupanya,
penyata bank ni boleh mintak kat mana-mana cawangan je. Sebelum ni tak tau.
Lepas ni, tak de nye aku nak menapak kat CIMB cawangan Plaza azalea tu lagi. Harap je pegawai ramai tapi servis
menyakitkan jiwa. Kalau datang pun pergi ATM dia je. So, sapa-sapa yang duduk
area Kapar/Klang boleh la pergi berurusan dekat CIMB cawangan Taman Klang Utama.
Service dijamin cepat walau cawangan tu kecik je..
Orait.. Sekian.
Lain kali cerita lagi.