Monday, 6 January 2014

Bahasa Negara Matahari Terbit

Assalamualaikum semua… :D



Kali ni aku nak buat cerita pasal bahasa jepun. Sebenarnya aku bukan nya tau pun cakap jepun cuma aku suka tgk cite anime. Time jadi student dulu pernah belajar subjek bahase Jepun kejap. Itupun sebab takde pilihan. Ingat nak masuk kelas bahase Mandarin. Kononnye marketable la nanti bila nak cari keje tapi kelas Mandarin dah penuh giler. Dalam erti kata lainnya, aku x dpt masuk kelas Mandarin dan kena amik bahase lain. Bila pikir2.. nak amik bahase Arab tapi takde geng pulak sbab kawan2 aku nak amik bahase Jepun. So, aku pun ikut diorang belajar bahase Jepun dgn harapan bila ada kawan senanglah nak study nanti. Walaubagaimanapun, aku still x pandai nak cakap Jepun. Kalau cakap English pun bertabur, nak cakap Jepun..? memang tak mungkin la. TETAPI.. aku tau lah jugak serba sedikit basic nak cakap Jepun ni.



Jadi apa kata kita belajar serba sedikit bahasa Jepun. Mula2 macam mana nak sebut ‘bahasa Jepun’ dalam bahasa Jepun? Senang je tu.

Go= Bahasa                  Nihon= Jepun

Oleh itu, Bahasa Jepun= Nihongo

*Cara tulis memang Nihongo tapi cara sebutnya ‘Nihong go’. Kita anggap huruf ‘g’ ada dua.*


Kalau bahasa Inggeris pulak:

Go=Bahasa                   Ei= Inggeris

Oleh itu, Bahasa Inggeris=Eigo

*Cara sebut ‘Ei’ sama dgn sebut huruf ‘A’.*

Sekarang macam mana pulak nak bagi ucapan bila berjumpa dgn org..? orait! Tgk bawah ni…

      i.        Selamat pagi = Ohayo Gozaimasu (tapi kena sebut ohayo gozaimas. Anggap x de huruf ‘U’ kat hujung tu).

    ii.            Selamat Tengah hari = Konnichiwa

   iii.          Selamat petang/ selamat malam = Kombamwa


Apa lagi eh..? belajar nombor pulak la

Satu = Ichi

Dua = Ni

Tiga = San

Empat = Yon

Lima = Go

Enam = Roku

Tujuh = Nana

Lapan = Hachi

Sembilan = kyu

Sepuluh = Ju

Itu kiraan nombor satu sampai sepuluh. Kalau nombor yg seterusnya guna je nombor yg kat atas ni. Contohnye nombor sebelas (11). Anggap nombor sebelas ni gabungan nombor sepuluh dengan satu. Jadi, dalam bahase Jepun bunyi nye Juichi (Ju=sepuluh, ichi=satu).


Sape ada bela kucing kat rumah angkat tangan..! tak nampak pulak sape yg angkat tgn..hehe



Dalam bahase Jepun, kucing ialah Neko.Jadi, korang ada berape banyak neko? Ichi..? ni..? san..? atau imasen (tak de)..? aku kat rumah ada ni(dua) desu. kalau ikan dlm bahasa jepun, sakana. Kalau burung, tori. Ape pulak ‘desu’ tu..? perkataan desu macam x de maksud yg spesifik. Ia dianggap macam pelengkap ayat je. ‘Desu’ cuma di letak kat hujung ayat. Biasanya diguna kalau seseorang tu bercakap secara formal, contohnye cakap dgn pelanggan atau cakap dgn bos atau org atasan. Pendek kata selain cakap dgn kwn2.. aku bagi contoh ayat ok..

Contoh:
Saya suka awak

Watashi (saya)      wa (ialah)    anata(awak)           suki(suka)

Dlm bahase Jepun = Watashi wa anata suki desu.



Perkataan ‘wa’ maksudnye ‘ialah’ atau kalau dlm bahasa inggeris ‘am’ atau ‘are’. Jadi, watashi wa sama maksud dgn I’m / I am. Bahasa Jepun ni mmg agak formal dan berprotokol. Walaubagaimanapun, diorang pun ada cakap bahasa pasar jugak. Tak lah hari2 cakap secara formal. Tgk kat atas tu, perkataan ‘desu’ berada di hujung ayat dan perkataan sebelumnya mestilah sebuah kata kerja. ‘suki’ bermaksud suka dan ia merupakan kata kerja. Do you understand enough..?


Contoh ayat lain pulak:
Awak dah makan?

Anata (awak)            tabemasu(makan)

Dalam bahasa Jepun = Anata wa mo tabemashita ka?

Ayat yg ni macam pelik sikit kan..? mula2 kenape aku tulis ‘tabemasu’ tapi kat ayat aku tulis ‘tabemashita’..? sebenarnya maksud nya sama iaitu makan. Cuma yg ‘tabemashita’ tu perkataan past tense iaitu ‘dah makan.’ Kalau nak sebut ‘tabemasu’ tu kena anggap huruf ‘U’ tu x de tau. Jadi korang perlu sebut ‘tabemas’. Cuma dlm penulisan je kena tulis ‘tabemasu’.

Lagi satu, perkataan ‘mo’ tu bermaksud ‘sudah’ atau ‘already’. Sebenarnya perkataan ‘mo’ tu ada lagi satu maksud iaitu ‘juga’ atau ‘also’. Nak bezakan cume dg nada nya garis kat atas perkataan tu. Kalau perkataan ‘ka’ tu diguna dlm ayat tanye je. Tak de maksud yg betul2 spesifik. Lebih kurang macam perkataan ‘desu’ la jugak. Dalam ayat tu, ‘ka’ maksudnye lebih kurang macam ni, “awak dah makan Ke?”.. paham tak agak2 nye..?

Orait…! Rasanye sampai sini je dulu aku ajar bahase Jepun ni. Nak ajar lebih2 pun aku x reti..hahaha. TAPI kat entry yg akan datang aku akan sambung lagi cite pasal bahase Jepun. So, harap ape yg aku ajar kat atas tu korang sedikit sebanyak dapat general view atau pemahaman awal pasal apa itu Bahasa Jepun.

*belajarlah apa2 pun bahasa ketiga. Mana tau suatu hari nanti berguna dlm saat2 tertentu. Kita tak tahu kan.. oleh itu, kena lah bersiap sedia!*

Wassalam


No comments:

Post a Comment