Monday, 6 January 2014

Bahasa Negara Matahari Terbit

Assalamualaikum semua… :D



Kali ni aku nak buat cerita pasal bahasa jepun. Sebenarnya aku bukan nya tau pun cakap jepun cuma aku suka tgk cite anime. Time jadi student dulu pernah belajar subjek bahase Jepun kejap. Itupun sebab takde pilihan. Ingat nak masuk kelas bahase Mandarin. Kononnye marketable la nanti bila nak cari keje tapi kelas Mandarin dah penuh giler. Dalam erti kata lainnya, aku x dpt masuk kelas Mandarin dan kena amik bahase lain. Bila pikir2.. nak amik bahase Arab tapi takde geng pulak sbab kawan2 aku nak amik bahase Jepun. So, aku pun ikut diorang belajar bahase Jepun dgn harapan bila ada kawan senanglah nak study nanti. Walaubagaimanapun, aku still x pandai nak cakap Jepun. Kalau cakap English pun bertabur, nak cakap Jepun..? memang tak mungkin la. TETAPI.. aku tau lah jugak serba sedikit basic nak cakap Jepun ni.



Jadi apa kata kita belajar serba sedikit bahasa Jepun. Mula2 macam mana nak sebut ‘bahasa Jepun’ dalam bahasa Jepun? Senang je tu.

Go= Bahasa                  Nihon= Jepun

Oleh itu, Bahasa Jepun= Nihongo

*Cara tulis memang Nihongo tapi cara sebutnya ‘Nihong go’. Kita anggap huruf ‘g’ ada dua.*


Kalau bahasa Inggeris pulak:

Go=Bahasa                   Ei= Inggeris

Oleh itu, Bahasa Inggeris=Eigo

*Cara sebut ‘Ei’ sama dgn sebut huruf ‘A’.*

Sekarang macam mana pulak nak bagi ucapan bila berjumpa dgn org..? orait! Tgk bawah ni…

      i.        Selamat pagi = Ohayo Gozaimasu (tapi kena sebut ohayo gozaimas. Anggap x de huruf ‘U’ kat hujung tu).

    ii.            Selamat Tengah hari = Konnichiwa

   iii.          Selamat petang/ selamat malam = Kombamwa


Apa lagi eh..? belajar nombor pulak la

Satu = Ichi

Dua = Ni

Tiga = San

Empat = Yon

Lima = Go

Enam = Roku

Tujuh = Nana

Lapan = Hachi

Sembilan = kyu

Sepuluh = Ju

Itu kiraan nombor satu sampai sepuluh. Kalau nombor yg seterusnya guna je nombor yg kat atas ni. Contohnye nombor sebelas (11). Anggap nombor sebelas ni gabungan nombor sepuluh dengan satu. Jadi, dalam bahase Jepun bunyi nye Juichi (Ju=sepuluh, ichi=satu).


Sape ada bela kucing kat rumah angkat tangan..! tak nampak pulak sape yg angkat tgn..hehe



Dalam bahase Jepun, kucing ialah Neko.Jadi, korang ada berape banyak neko? Ichi..? ni..? san..? atau imasen (tak de)..? aku kat rumah ada ni(dua) desu. kalau ikan dlm bahasa jepun, sakana. Kalau burung, tori. Ape pulak ‘desu’ tu..? perkataan desu macam x de maksud yg spesifik. Ia dianggap macam pelengkap ayat je. ‘Desu’ cuma di letak kat hujung ayat. Biasanya diguna kalau seseorang tu bercakap secara formal, contohnye cakap dgn pelanggan atau cakap dgn bos atau org atasan. Pendek kata selain cakap dgn kwn2.. aku bagi contoh ayat ok..

Contoh:
Saya suka awak

Watashi (saya)      wa (ialah)    anata(awak)           suki(suka)

Dlm bahase Jepun = Watashi wa anata suki desu.



Perkataan ‘wa’ maksudnye ‘ialah’ atau kalau dlm bahasa inggeris ‘am’ atau ‘are’. Jadi, watashi wa sama maksud dgn I’m / I am. Bahasa Jepun ni mmg agak formal dan berprotokol. Walaubagaimanapun, diorang pun ada cakap bahasa pasar jugak. Tak lah hari2 cakap secara formal. Tgk kat atas tu, perkataan ‘desu’ berada di hujung ayat dan perkataan sebelumnya mestilah sebuah kata kerja. ‘suki’ bermaksud suka dan ia merupakan kata kerja. Do you understand enough..?


Contoh ayat lain pulak:
Awak dah makan?

Anata (awak)            tabemasu(makan)

Dalam bahasa Jepun = Anata wa mo tabemashita ka?

Ayat yg ni macam pelik sikit kan..? mula2 kenape aku tulis ‘tabemasu’ tapi kat ayat aku tulis ‘tabemashita’..? sebenarnya maksud nya sama iaitu makan. Cuma yg ‘tabemashita’ tu perkataan past tense iaitu ‘dah makan.’ Kalau nak sebut ‘tabemasu’ tu kena anggap huruf ‘U’ tu x de tau. Jadi korang perlu sebut ‘tabemas’. Cuma dlm penulisan je kena tulis ‘tabemasu’.

Lagi satu, perkataan ‘mo’ tu bermaksud ‘sudah’ atau ‘already’. Sebenarnya perkataan ‘mo’ tu ada lagi satu maksud iaitu ‘juga’ atau ‘also’. Nak bezakan cume dg nada nya garis kat atas perkataan tu. Kalau perkataan ‘ka’ tu diguna dlm ayat tanye je. Tak de maksud yg betul2 spesifik. Lebih kurang macam perkataan ‘desu’ la jugak. Dalam ayat tu, ‘ka’ maksudnye lebih kurang macam ni, “awak dah makan Ke?”.. paham tak agak2 nye..?

Orait…! Rasanye sampai sini je dulu aku ajar bahase Jepun ni. Nak ajar lebih2 pun aku x reti..hahaha. TAPI kat entry yg akan datang aku akan sambung lagi cite pasal bahase Jepun. So, harap ape yg aku ajar kat atas tu korang sedikit sebanyak dapat general view atau pemahaman awal pasal apa itu Bahasa Jepun.

*belajarlah apa2 pun bahasa ketiga. Mana tau suatu hari nanti berguna dlm saat2 tertentu. Kita tak tahu kan.. oleh itu, kena lah bersiap sedia!*

Wassalam


Sunday, 5 January 2014

Introducing characters of 7eleven Meru


Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi aku dapat update blog ni. Al-maklumlah busy dengan kerja.

Ingat lagi tak aku pernah bagi tau yg aku nak tulis pasal pengalaman masa keje kat 7eleven..? tak ingat?? Tak pe2.. don’t worry be happy. Tapi sebelum aku cite pengalaman aku tu, aku nak kenalkan dulu staff kat situ. Biar korang senang nak faham jalan cite aku tu nanti.

Pada 27hb September 2013 adalah hari pertama aku keje dkt 7e batu 6, Meru. Excited nak keje kot. Time tu aku start shift pukul 11 pg tapi aku dtg awal sikit sebab akak ipar aku bising suruh aku dtg awal kalau first day keje. Dalam pukul 10.45 tu aku dah muncul depan pintu 7e tu. Dari luar lagi aku dah nampak seorang staff tgh susun barang (macam tgh susun gula2) kat bhgn depan kaunter. Dengan muka tembok aku pun masuk dan terus tanya staff tu yang aku nak jumpa dgn en. Naufal ( stor manager aka bos). Lepas tu staff tu kata “staff baru ye..? hari ni abang Naufal tak de. Dia cuti. Mmm…tunggu kejap”. Staff tu terus gi kat bilik belakang macam nak panggil seseorang. Aku pun ikut je lah pergi belakang. Aku tgk staff tu ketuk2 pintu bagi tau yg staff baru dah datang and org yg kat dlm tu kata suruh tunggu jap. Lebih kurang dua ke tiga minit baru lah aku masuk bilik tu. Owh.. rupanya tu management trainee kat 7e tu. Sebab store manager tak do, dialah yg kena cover keje2 untuk hari tu. Nama akak tu Kak Nad. Dia interview dan buat orientasi ringkas sebelum bagi aku uniform dan suruh aku start keje.

Lepas keluar je dari bilik tu aku terus pakai uniform tu. U know what..? it’s over size!.. saiz M tapi besar mcm saiz XL. seriously tak sosuai dgn badan aku yg kurus cekeding nih. Disebabkan first day, jadi aku pun pakai je walaupun aku rasa macam pakai kostum baju kelawar. Benda pertama yg aku kena buat ialah bersihkan rak (atau nama lainnya ‘gondola’). Staff yg aku jumpa mula2 tadi nama dia farahida atau nama panggilannya dida. Sweet je dia ni. Dia ajar aku cam ne nak bersihkan gondola tu. Berpeluh jugak la mengelap bende alah tu. Dekat 2 jam aku bersihkan. Ya Allah… berhabuk gila rak tu mcm dah berbulan tak dilap. Siap aku jumpa satu barang tu dah sebulan lebih expired. OMG! Dlm hati aku kata “biar betol diorang ni x perasan ada biskut yg dah expired”. Selain tu aku jugak mop n sapu seluruh stor tu dgn jayanya. Kemudian ada gak keje lain yg aku buat. Shift aku habis pukol 7 ptg. Time nak balik tu aku nampak ada staff lain yg dah datang. Perempuan jugak..

Hari kedua pun aku keje shift pagi dgn dida. Kali ni bos aku Naufal dtg keje. Tak byk beza pun.. aku buat keje yg sama mcm semalam. Penat nak mampus kot. Sengal2 kaki aku dibuatnya. Hari ketiga first time keje dgn annis. Sorang lg staff 7e. mula2 mcm takut gak nak ckp dgn dia sebab muka dia serius giler. Tapi dia ni ok je orangnya bila dah start berbual. Hari tu annis ajar aku buat keje kat kaunter. Memula mmg susah n lambat gile aku serve customer. Biase la..freshie lagi di dunia pekerjaan. Byk kali jugak la salah tekan nombor kat P.O.S (mesin duit) tu. Kelam kabut aku.. huhuhu…Nasib baik annis tu sabar je dgn kelembapan aku..TQ annis! U r d best teacher la..hehe

Bila ada shift malam, aku kena keje dgn abg Lan. Mula2 keje dgn abg Lan pelik jugak la.. abg Lan tak byk bercakap. Aku pun takut nak ckp.. jadi aku pun diam je lah sampai habis shift. Mungkin x kenal rapat lagi kot jd abg Lan x berapa nak berborak dgn aku. Bila beberapa kali keje dgn Abg Lan baru lah dia bukak mulut nak berborak.. sah yg dia segan nak berborak dgn bdk baru. Abg Lan byk bg tips mcm mana nak guna mesin MOL (mesin top up) sbab aku byk kali tersalah keluarkan top up. Gile la aku ni…! Customer mintak top up maxis, aku bole pulak dgn confidentnye tekan mesin MOL tu top up celcom.. mmg cuak tak terhingga la..! pernah satu hari tu aku tersalah keluarkan top up celcom RM 50.. takut sgt. Jadi resit top up tu aku sorok kat bawah bekas jajan kat tepi kaunter. Aku pikir mmg habis la duit aku kena ganti top up yg salah tu..huhu. STRESS!! Nasib baik awal pagi dlm pukul 6 lebih ada sorang pak cik yg mcm baru balik dari masjid nak beli top up celcom RM 50. Aku dgn berbesar hatinya bagi resit top up yg aku sorok tu dan jual kat pak cik tu. Alhamdulillah.. selamat duit aku. :D

Setakat aku keje kat 7e tu, Kak nad selalu tanya “am..ko ok tak?”. Aku pun kata “ok je..” sambil senyum. Secara realitinya mmg x ok sebab penat sgt.. lama x buat keje yg memerlukan ‘good physical ability’. Kalau boleh aku tak nak lah mengadu pasal penat wat keje. rasa macam tak patut sebab dah tu keje aku. Sebelum ni time kat uitm aku lebih byk  perah otak. Pendek kata aku dah lari bidang la drpd course yg aku belajar masa kat universiti dulu. Kak nad ni ok sbab dia ni happy go lucky je.. n bkn jenis yg marah2 kalau aku ada wat silap. Maintain cool je everyday. Cuma masalahnya kak nad ni suka pijak kaki aku! Adui sakit... Tapi aku x amik kisah pun sbab dia byk tolong aku. cover aku time duit kat kaunter aku short. selamat aku! hahaha..Peace yo!..

Kalau dida pun ok cuma kekadang tegas gile kot. Ada satu hari tu aku tersalah guna sampul masa nak buat ‘cash drop’. Garang kot dia tegur aku.. meremang bulu roma. Ape masalah die tetiba nak tinggikan suara kat aku sampai sekarang menjadi tanda tanye..huhuhu. sedih sgt time tu...T.T Nasib baik aku ada mindset yg bdk baru mmg berkemungkinan besar buat silap n kena marah. Jadi aku pun buat bodoh je and be open minded beb! It’s not a big deal kalau kena tegur… Biase la tu. Then, aku ni pulak jenis manusia yg malas nak amik kisah benda yg aku tak suka.. jadi aku x kisah pun bila dida nak marah aku..hahaha.!! Aku dah prepare awal2 dah.TAPI..ada satu persamaan aku dgn dida ni iaitu minat membaca. Dah la membaca tu amalan mulia. Tapi masalahnye aku cuma minat baca komik je, surat khabar malas pulak nak baca.. ish2..am, ape nak jadi dgn ko ni? OK!.. Dida tu out of 5 stars I’ll give her 4 stars.. kagum dgn karismatik dan kesungguhan dia masa buat keje. Tip top and quite professional bila layan customer.! A good example for an excellent employee of d month. Ceh wah! Go Dida Go!

Next.. annis mmg boleh dipuji dgn kerajinan dia mengemas stor. Ada je keje yg dibuat. Naik pelik aku.. tak penat ke dia ni kejap menyapu, kejap lap gondola, kejap layan customer, kejap2 ke toilet basuh kain lap. Aku pandang je. Macam superwoman pun ye. Cuma slack yg annis ni cepat naik angin dgn mamat2 bangla dan pelbagai lagi warga asing yg dtg 7e bukan sebab nak beli barang tp ramai2 berdiri dpn mesin atm nak keluar duit. Sampai sesak dpn kaunter dan menyusahkan customer utk bergerak. Kalau dia tgh bad mood seboleh-bolehnya jgn pandang mata dia. Errr.. seram sejuk. Pandangan mata dia bukan buat org jatuh cinta tapi boleh jatuh terjelopok sbab ketakutan. Tajam seh!..hehehe.. ape2 pun annis ni seorang yg baik dan jujur. Arr…ape lg nak cite pasal annis ni ek..? annis ni minat jadi cikgu and tak pandai melawak kot. selalu borak dgn dia pasal subjek matematik. Nampak sgt yg dia ni suka mengira. Aku pulak suka sejarah sbab suka membaca.*haha..sempat pulak aku angkat bakul sendiri*

Abg Lan.. tak byk komen pasal dia sebab aku jarang keje malam. Asal shift malam je aku tukar dgn dida. Jadi aku byk keje pagi je. Abg Lan ni memang dah lama keje kat 7e ni dan mmg keje shift malam je. Seorang yg sgt berpengalaman. Rilek je aku tgk dia layan customer walau kalau dlm pukul 10 lebih ramai giler customer dtg. Satu satu dia layan. steady je. HEBAT!.Kalau aku jgn cakap la..mmg kelam kabut dan serabut sampai salah bagi baki lah, salah bg top up la, tersalah scan barang customer lain dan pelbagai lagi.. mungkin satu perkataan je yg boleh aku rumuskan pasal Abg Lan ni iaitu “skilful”. Bos aku pulak, Naufal tu pun aku jarang borak sbab keje dia cuma kat bilik belakang. Dia ni pun ok juge. Tak byk songeh cume kekadang tak tau ape masalah dia muka ketat n serius semacam.*time tu memang aku senyap je*. Kekadang pulak senyum simpul memanjang macam orang tgh sokong kempen senyum.. mood tgh baik kot.. yg penting bos aku ni lagi muda dr aku jadi dia panggil aku abang. Mcm pelik pun ada gak. Well, he’s still a good leader and manages the store soundly even in the young age. Impress!

Ada sorang lagi staff sebenarnye.. nama dia khairil. Panggil dia khai ke..aril ke... Nama nak mcm artis. Pendekkan cite, dia start keje sebulan selepas aku keje kat 7e ni. Maksudnye dia ni junior la. Bila dia ada, at last! Tak payah buat overtime sbab dah cukup staff. Hepi aku! Tapi tak guna jugak bila dah cukup staff sbab dia kena cover stor puncak alam seminggu lebih sbab kat 7e puncak alam x cukup staff. Jadi, still kena overtime! Dah la penat. Tapi tak pe. Demi sesuap nasik biar aku berkorban jiwa dan raga bekerja membanting tulang. Over pulak aku ni. Keje 7e je kot.. Ok, khai is 18 years old. Agaknye lah. Ntah2 19 ke 20 tahun die tu..Baru habis spm n nasib dia baik sikit sbab x kena kerah bersihkan gondola banyak2.. rilek la dia. It’s ok! Work hard khai!..perjalanan ko masih panjang. Kumpul duit banyak2..:D

Dah berapa lama dah ni aku menaip. Penat dowh. Sape lagi watak kat 7e ek..? hah! ada sorang field manager, en Haq nama dia. Kalau dia dtg kena buat2 rajin kalau x..bising die. Big bos la katakan.  Hehehe.. yang sorang lagi danial. Staff baru dia ni.  Disebabkan aku berhenti keje hujung bulan 11 jadi kena cari staff baru la. Kalau tak short of employees pulok.. Dia ni baru lepas SPM dan comel molek. Tu je yg boleh aku cakap sbab aku x kenal sgt. Semoga dia tabah bekerja dgn kak nad, dida n annis. Kalau dgn abg Lan mesti danial ni ok sebab abg Lan baik.. Cuma dgn trio wanita tu, semoga berjaya.. Kah kah kah!! Jgn marah nanti kena jual.


Yang baju putih tu Annis dan sebelahnya Kak Nad


Alamak apsal gambar ni tak lawa pulak
Tu Dida dgn Khai
*Gambar Abg Lan, Naufal dgn En.Haq tak de. sori*Gambar Danial macam ada tapi tak nampak muka sbab kebetulan dia kat tepi time nak amik gambar KFC. sori*


Itulah sedikit sebanyak maklumat pasal staff masa aku keje kat 7e. Lepas ni aku akan cite lagi. Banyak suka dan duka tapi penat lagi banyak la. Memang best kawan dgn diorang.


Kepada korang nantikan entri yg seterusnye. Semoga anda semua pencinta alam yg selalu diredai Allah. :D