Waktu Rehat
Assalamualaikum Wahai Pembaca Qashashikhtimam
Semoga sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Hari ni dah jumaat. Esok sabtu kerja jugak. Ahad baru cuti. Busy betul laa...
Disebabkan hari ni sekali lagi pergi MBPJ aka Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk beli tender, aku nak cerita sikit macam mana nak beli tender awam. Tender boleh dikatakan sebagai perolehan yang melebihi RM500,000 setahun. Contohnya, kalau sesebuah majlis daerah atau mana-mana pejabat kerajaan memerlukan bekalan atau asset yang jumlahnya melebihi RM 500 000, pejabat kerajaan tersebut perlu mendapatkan atau membeli asset atau bekalan tersebut dari mana-mana pembekal. Ini termasuk servis (kerja-kerja yang diswastakan seperti kutip sampah, pengubahsuaian landskap, kantin:penyediaan makanan, dll). Walaubagaimanapun, pemilihan pembekal tersebut tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Pemilihan perlu dibuat secara telus dan rasional. Terdapat beberapa syarat penting semasa melakukan pemilihan (lain kali aku cerita ok!). Oleh yang demikian, pejabat kerajaan perlu memasang iklan di media cetak mahupun elektronik (biasanya di laman sesawang rasmi mereka) mengenai pemilihan itu.
Untuk menjadi salah seorang senarai pembekal tender, mana-mana syarikat/ petender/ pembekal perlu membeli tender tersebut. Maksudnya membeli dokumen yang berbentuk tablet/buku yang mana isinya tertulis surat perjanjian, maklumat petender dan cadangan harga ditawarkan untuk asset/bekalan tersebut. Selain itu, petender perlu mengemukakan profil syarikat termasuk penyata akaun untuk tiga bulan terkini sebagai lampiran.
Cara cara untuk membeli tender awam senang je kot. Yang penting kena ada sijil pendaftaran syarikat drpd kementerian kewangan (pastikan belum tamat tempoh), sijil CIDB (aku pun tak pasti apa bendanya), sijil taraf bumiputera dan surat wakil (kalau bukan owner syarikat yang pergi beli). Bila ada semua tu, bagi je dekat pegawai bahagian kaunter bekalan dan perolehan pejabat kerajaan tu. Tender awam yang bos aku nak beli pagi tadi dari MBPJ, jadi beli tender awam tu pun dekat MBPJ jugak la. Lepas bagi sijil2 tu sume kat pegawai kat situ (ada sorang kakak kat situ garang gile kot...geram aku), tunggu kejap sampai ada pegawai yang akan bagi dokumen2 tender sekali dgn resit. Satu tender RM 30 wo..! kalau beli 10 dah RM 300... ish3x.. banyak betol duit bos aku nih.
Tau tak kenape dipanggil tender AWAM...? sebab.. tender tu dari Kerajaan. Sebab tu ada perkataan awam kat belakang tu.. apa2 yg dilakukan oleh kerajaan adalah mewakili rakyat atau orang awam. Pelik ek knape pekerjaan yg dibuat oleh kerajaan tu mewakili orang awam..? Nak tau kenalah tunggu. Lain kali aku explain. Ada unsur2 politik la sikit.
Lagi satu.. tau tak knape tajuk post aku kali ni -Waktu Rehat- ? Sebab... sekarang ni aku tgh rehat.. hehehe
Itulah serba sedikit cerita pasal aku pergi beli tender awam dgn dua orang staff dkt tempat kerja aku ni jugak. Dapat jugak berjalan. Malas asyik duduk ofis jeh.
Sampai sini je lah celoteh aku... nak cau sudah! Bye dan jumpe lagi...!!