Thursday, 26 December 2013



Waktu Rehat

Assalamualaikum Wahai Pembaca Qashashikhtimam

Semoga sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah. Hari ni dah jumaat. Esok sabtu kerja jugak. Ahad baru cuti. Busy betul laa...
 
Disebabkan hari ni sekali lagi pergi MBPJ aka Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk beli tender, aku nak cerita sikit macam mana nak beli tender awam. Tender boleh dikatakan sebagai perolehan yang melebihi RM500,000 setahun. Contohnya, kalau sesebuah majlis daerah atau mana-mana pejabat kerajaan memerlukan bekalan atau asset yang jumlahnya melebihi RM 500 000, pejabat kerajaan tersebut perlu mendapatkan atau membeli asset atau bekalan tersebut dari mana-mana pembekal. Ini termasuk servis (kerja-kerja yang diswastakan seperti kutip sampah, pengubahsuaian landskap, kantin:penyediaan makanan, dll). Walaubagaimanapun, pemilihan pembekal tersebut tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Pemilihan perlu dibuat secara telus dan rasional. Terdapat beberapa syarat penting semasa melakukan pemilihan (lain kali aku cerita ok!). Oleh yang demikian, pejabat kerajaan perlu memasang iklan di media cetak mahupun elektronik (biasanya di laman sesawang rasmi mereka) mengenai pemilihan itu.
 
       Untuk menjadi salah seorang senarai pembekal tender, mana-mana syarikat/ petender/ pembekal perlu membeli tender tersebut. Maksudnya membeli dokumen yang berbentuk tablet/buku yang mana isinya tertulis surat perjanjian, maklumat petender dan cadangan harga ditawarkan untuk asset/bekalan  tersebut. Selain itu, petender perlu mengemukakan profil syarikat termasuk penyata akaun untuk tiga bulan terkini sebagai lampiran.
 
       Cara cara untuk membeli tender awam senang je kot. Yang penting kena ada sijil pendaftaran syarikat drpd kementerian kewangan (pastikan belum tamat tempoh), sijil CIDB (aku pun tak pasti apa bendanya), sijil taraf bumiputera dan surat wakil (kalau bukan owner syarikat yang pergi beli). Bila ada semua tu, bagi je dekat pegawai bahagian kaunter bekalan dan perolehan  pejabat kerajaan tu. Tender awam yang bos aku nak beli pagi tadi dari MBPJ, jadi beli tender awam tu pun dekat MBPJ jugak la. Lepas bagi sijil2 tu sume kat pegawai kat situ (ada sorang kakak kat situ garang gile kot...geram aku), tunggu kejap sampai ada pegawai yang akan bagi dokumen2 tender sekali dgn resit. Satu tender RM 30 wo..! kalau beli 10 dah RM 300... ish3x.. banyak betol duit bos aku nih.
 
        Tau tak kenape dipanggil tender AWAM...? sebab.. tender tu dari Kerajaan. Sebab tu ada perkataan awam kat belakang tu.. apa2 yg dilakukan oleh kerajaan adalah mewakili rakyat atau orang awam. Pelik ek knape pekerjaan yg dibuat oleh kerajaan tu mewakili orang awam..? Nak tau kenalah tunggu. Lain kali aku explain. Ada unsur2 politik la sikit.
 
        Lagi satu.. tau tak knape tajuk post aku kali ni -Waktu Rehat- ? Sebab... sekarang ni aku tgh rehat.. hehehe
 
        Itulah serba sedikit cerita pasal aku pergi beli tender awam dgn dua orang staff dkt tempat kerja aku ni jugak. Dapat jugak berjalan. Malas asyik duduk ofis jeh.
 
       Sampai sini je lah celoteh aku... nak cau sudah! Bye dan jumpe lagi...!!

Hujan

Assalamualaikum

Bila eh last time aku update blog serba tak kena ni... entah lah.
Ni pun senyap2 tulis cerita terbaru kat office.

waktu sekarang ni dah lepas pukul LIMA... saya ulangi, Pukul LIMA.. nak balik lerr tapi hujan bukan main lebat kat luar. Jadi kena lah tunggu jap kat office sampai hujan reda sikit.

Hari ni dah masuk minggu ke tiga kerja kat company baru. Company ni company construction. MMmm.. busy gila la hari ni. Bila kerja kat sini baru tau benda2 pasal tender. Sebelum ni memang tak pernah amik kisah walau masa kat university dulu belajar public administration.

Sebenarnya banyak jugak benda nak cerita. Lagi lagi time kerja kat 7e dulu. Rindu kat diorang. Memang sedih masa last day keje situ. huhuhu

Rasanya lepas ni memang aku akan cerita pengalaman kerja kat 7e. Macam2 pengalaman dapat. :D

Disebabkan tengah hujan, kita layan lagu hujan jugak daripada lagenda kita. Jumpa lagi! Wassalam




Saturday, 20 April 2013

Assalamualaikum

Syukur dan puji-pujian kepada Allah dan berselawat atas junjungan Nabi Muhammad.

Hari ini 20 April 2013, hari sabtu, permulaan cuti pertengahan semester akhir aku di UiTM Shah Alam. Bukan selalu dapat cuti.. Housemate semua dah balik.. Esok aku pun nak angkat kaki menuju ke kampung halaman.. walaupun dekat tapi jarang balik.

Korang mesti tau kan pasal Gwiyomi yang popular kat youtube tu. Banyak orang share link kat facebook. Aku pun baru tau dari kawan yang lama tak jumpe.. Baru jumpa hari tu, dia dah cakap pasal Gwiyomi.. Ape benda Gwiyomi ni ek? Gwiyomi ni merupakan lagu korea yang mempunyai aksi-aksi yang boleh tahan comel. Masa kawan aku bagitahu pasal benda ni, dia kata Gwiyomi ni game. Aku boleh je percaya. Rupe-rupenya bukan. Berani dia tipu aku.... Bagi aku video-video Gwiyomi ni boleh lah layan...



Di atas ni adalah antara video gwiyomi yang aku cerita tu... sebenarnya banyak lagi video-video macam ni tapi dibuat oleh orang dari pelbagai negara.. Kalau nak tengok yang lain, bukak je youtube, taip Gwiyomi. Confirm berlambak... selamat menonton.